Mengapa Harus Jatuh Cinta Lagi

~ Mengapa Harus Jatuh Cinta Lagi? ~

Seringkali suami atau istri tidak sepenuhnya menyedari bahawa pasangan mereka bukan pilihanya yang paling tepat. Teman hidup yang telah dipilih belum tentu lelaki atau wanita paling sempurna bagi suami atau istri. Belum tentu pula selera dan keperibadian yang sama dan mengikuti citarasa dengan impian kelelakian atau kewanitaanya.

Diluar keyakinan orang pada jodoh, banyak hal-hal yang ikut mempengaruhi siapa pilihan hidup seseorang. Walaupun akhirnya ia disebut sebagai sudah jodoh' sebagaimana yang diyakini oleh banyak orang, Cuma yang tersedia hanya satu, namun pilihan dan peluang memilih yang lain menjadi pasangan kita sebenarnya masih banyak. Misalnya semakn luas pergaulan seseorang, jodoh bukan lagi cuma sebatas pagar rumah belaka. Semakin matang seseorang, di otaknya semakin kukuh formulasi ideal untuk mencari calon teman hidupnya. Semakin pragmatis pandangan hidup seseorang, semakin dipakai akal sehatnya dalam memilih pasangan hidupnya.

Sebuah kajiselidik di Hongkong beberapa tahun lalu mengungkap fenomena baru bahawa cinta mula dianggap tidak penting lagi dalam perkahwinan. Orang muda lebih melihat faktor keserasian, kelayakan untuk mampu hidup bersama dalam perkahwinan lebih penting berbanding cinta.

Di Jepun banyak orang mencari calon pasanganya melalui biro mencari jodoh. Ini fenomena lain dari masyarakat yang sangat sibuk, sebab tiada masa yang tersisa untuk bergaul dengan banyak lawan jenisnya. Cara ini pun dianggap ikut mempengaruhi mutu pilihan teman hidup. Sebab dengan semakin banyaknya sample untuk dipilih di biro mencari jodoh, sudah semestinya semakin bulat dan kukuh buah hasil dari pilihan dibandingkan cuma memilih seadanya di dalam lingkungan kawasan yang paling dekat semata. Misalnya jatuh cinta kerana kerap bertemu secara berulang-ulang dan bersama lalu menikah, secara matematik berbeza mutunya dibandingkan dengan baru jatuh cinta setelah bertemu dengan seribu lawan sejenisnya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Leave a comment

Diharapka Memberikan Informasi Dan Feedback Yang sekiranya pantas Untuk Dibaca Ok .Kritikan Diterima Dengan Senang Hati....